KE
ARAH MENJAYAKAN KEBERHASILAN PENDIDIKAN YANG DIMAKTUBKAN DALAM FALSAFAH
PENDIDIKAN MALAYSIA.
Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang dulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara
(FPN) merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia. Hal ini dikatakan demikian
kerana semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras
dengan FPK ini. Pendidikan di Malaysia telah menunjukkan ke arah menjayakan
keberhasilan pendidikan yang dimaktubkan menurut FPK iaitu satu usaha
berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani pada masa akan datang.
i.
Pendidikan
adalah satu usaha berterusan.
Pendidikan merupakan suatu
proses pemerolehan dan pemindahan ilmu, kemahiran dan nilai murni. Proses
pemerolehan dan pemindahan berlangsung secara berterusan bermula dari kecil
sehingga ke akhir hayat. Selain itu, proses pendidikan yang berterusan ini
dapat membantu individu menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan. Sebagai
contoh, perubahan yang pesat dalam negara, seseorang itu perlu melengkapkan
diri dengan kemahiran terkini. Pada
peringkat sekolah, murid-murid mendapat pendidikan formal yang melibatkan empat
peringkat persekolahan iaitu prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan
pendidikan tinggi. Pada peringkat ini, penekanan usaha berterusan oleh pelbagai
pihak adalah terhadap aspek-aspek seperti pemilihan kerjaya, penyesuaian hidup,
pembentukan jati diri, perkembangan sosial, mengeratkan perpaduan, pemupukan
nasionalisme, perkembangan bakat dan potensi, penghayatan agama dan nilai murni
dan perolehan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran.
ii.
Pendidikan
ke arah kembangkan lagi potensi murid.
Potensi
merupakan bakat, kebolehan atau keupayaan yang ada pada seseorang individu.
Sejak lahir individu memiliki pelbagai keupayaan. Namun begitu, tidak semua
bakat atau keupayaan dapat dilihat dengan jelas kerana sebahagiannya lagi
adalah terpendam dalam diri individu. Sehubungan itu, pendidikan berperanan
mengembangkan potensi setiap murid sehingga mencapai ke tahap cemerlang. Antara
keberhasilan pendidikan menurut FPK dapat dilihat apabila Sekolah Teknik dan
Vokasional ditubuhkan di Malaysia untuk mengembangkan lagi bakat pelajar agar
dapat melahirkan ramai insan yang berfikiran kreatif dan inovatif pada masa
akan datang.
iii.
Mendidik
secara menyeluruh dan bersepadu.
Perkembangan
keempat-empat potensi iaitu intelek, rohani, emosi dan jasmani adalah bagi
membolehkan penguasaan ilmu, kemahiran, nilai, kemahiran, nilai, budaya dan
kepercayaan. Kesemua elemen tersebut diperlukan oleh manusia dalam memenuhi
pelbagai keperluan kehidupannya. Oleh itu, perkembangan keempatempatnya
hendaklah dilakukan secara menyeluruh kerana kesemuanya adalah sama penting.
Kesemua potensi juga hendaklah dihubungkaitkan antara satu dengan yang lain dan
dikembangkan secara bersepadu bukannya satu persatu.
iv.
Membangunkan
komponen intelek, rohani, emosi, jasmani murid.
Setiap individu
dipertingkatkan bukanlah suatu usaha yang mudah sebaliknya perlu dirancang dan
dilaksanakan secara teratur dan bersungguh-sungguh. Namun begitu, seseorang
guru pula perlu menghayati FPK dalam melaksanakan tugasnya sebagai pendidik yang
bakal mewujudkan khalifah yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek di mana mereka bakal menerajui dunia di masa akan datang. Potensi
individu dilihat dari empat aspek kecerdasan iaitu intelek (IQ), rohani (SQ),
emosi (EQ) dan jasmani (PQ) seperti berikut.
Potensi |
Unsur |
Intelek |
·
Mempunyai
kemahiran asas 4M (Menulis, Membaca, Mengira dan Menaakul). ·
Mendapatkan,
meningkatkan dan menyebarkan ilmu. ·
Memanfaatkan
ilmu untuk diri dan orang lain. ·
Berfikir
secara kreatif, kritis dan inovatif. |
Rohani |
·
Menyedari
dan menginsafi adanya Tuhan yang mencipta. ·
Menghargai
dan mensyukuri pemberian Tuhan. ·
Memupuk
dan membina disiplin kendiri. ·
Membentuk
akhalak mulia. |
Emosi |
·
Perasaan
tenang dan tingkahlaku terkawal. ·
Memiliki
semangat kekitaan dan perpaduan. ·
Memiliki
dan memupuk perasaan kasih sayang. ·
Menghargai
serta menilai keindahan dan kesenian. |
Jasmani |
·
Melakukan
riadah. ·
Menjaga
kesihatan badan. ·
Berusaha
meningkatkan daya pengeluaran. ·
Menggunakan
tenaga fizikal untuk berdikari. ·
Memanfaatkan
tenaga fizikal untuk berdikari. ·
Menggunakan
tenaga fizikal bagi kepentingan semua. ·
Mengembangkan
bakat dan kemahiran teknikal dan manipulatif. |
Pelaksanaan
1 Murid 1 Sukan (1 M 1 S) di sekolah merupakan salah satu aktiviti ke arah
menjayakan keberhasilan pendidikan yang dimaktubkan dalam Falsafah Pendidikan
Malaysia. Asas kepada 1 M 1 S adalah pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan yang berkualiti di sekolah. Hal ini dikatakan demikian
kerana segala sumber untuk mata pelajaran pendidikan jasmani hendaklah diguna
sama bagi 1 M 1 S, dimana setiap murid wajib mengambil bahagian dalam
sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah. Penglibatan pelajar dalam sukan
adalah asas kepada perkembangan intelek, rohani, emosi dan jasmani.
v.
Keseimbangan
pelajar secara seimbang dan harmonis.
Insan yang seimbang
membawa maksud semua keperluan manusia mencukupi iaitu pertumbuhan akal,
perkembangan rohani, emosi dan jasmani secara sihat dan bersepadu. Harmonis
pula bermaksud unsur-unsur rohani, intelek, emosi dan jasmani dalam diri manusia
adalah dalam keadaan serasi dan sesuai. Ini bermaksud pelajar yang seimbang dan
harmonis memiliki kefahaman tentang tugas dan tanggungjawab dalam pelajaran.
Keseimbangan ini dapat dicapai melalui pendidikan sempurna di sekolah dan
rumah. Oleh itu, ibu bapa dan guru harus bekerjasama bagi memastikan pendidikan
sampai kepada golongan pelajar sehingga pelaksanaan pendidikan menurut FPK
berhasil.
Kesimpulannya,
keberhasilan ini bergantung kepada sejauhmana guru-guru sebagai pelaksana dapat
memahami dan menterjemahkan hasrat tersebut menerusi peranan yang mesti
ditunaikan. Dalam merealisasikan FPK juga secara tidak langsung mampu menjana
dan membina modal insan yang berkualiti.
Comments
Post a Comment