KEPENTINGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN TERHADAP PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Apakah itu Falsafah Pendidikan Kebangsaan?

         Falsafah Pendidikan Kebangsaan atau singkatannya FPK ialah pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kearah lebih menperkembangkan potensi untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) memainkan peranan penting dalam memastikan perkembangan pendidikan di negara kita terus maju.

 

Apakah kepentingan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia?

 

i)                   Sebagai suatu usaha berterusan.

Antara kepentingan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) terhadap perkembangan pendidikan di negara kita yang pertama adalah pendidikan suatu usaha berterusan. Definisi pendidikan ialah suatu proses pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta penyerapan nilai murni supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan, bertenaga serta mahir dan berakhlak mulia. Dalam proses membangunkan modal insan yang seimbang dari pelbagai aspek, elemen ini perlu dilaksanakan dengan jayanya. Proses pendidikan ini merupakan proses secara berterusan sepanjang hayat yang mana bermula dari pendidikan tidak formal di rumah dalam peringkat awal kanak-kanak seterusnya di prasekolah, disambungkan di sekolah rendah dan sekolah menengah dalam peringkat kanak-kanak dan remaja. Tidak terhenti di peringkat itu sahaja, pendidikan di Institut Pengajian Tinggi (IPT) menjadi destinasi budaya seterusnya. Hal ini telah membuktikan bahawa Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menjadi teras dalam mengembangkan lagi pendidikan di Malaysia.

 

ii)                 Untuk mengembangkan potensi individu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Kepentingan yang kedua adalah mengembangkan potensi individu. Menurut kajian, setiap individu memiliki pelbagai keupayaan, bakat dan potensi seperti intelek, rohani, emosi dan jasmani sejak lahir. Kebanyakan potensi adalah terpendam dalam diri seseoranh itu. Fungsi utama pendidikan ialah memperkembang dan meningkatkan potensi individu supaya mencapai tahap cemerlang. Hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FBK), unsur intelek ialah memberi tumpuan kepada ciri-ciri daya berfikir, seperti menguasai kemahiran asas 4M, iaitu membaca, menulis, mengira, dan menaakul bagi menguasai kemahiran asas untuk memeroleh, meningkatkan dan menyebarkan ilmu, dan dapat memanfaatkan ilmu serta kemahiran untuk diri dan orang lain, termasuk kemajuan negara.

Perkembangan unsur rohani memberi tumpuan kepada sifat kejiwaan dan kalbu yang melibatkan hubungan seseorang dengan Tuhan. Keteguhan rohani adalah penting bagi melahirkan individu yang murni dari segi akhlak dan insaf kepada pencipta. Oleh itu, unsur rohani dikembangkan bagi membentuk individu seperti berakhlak mulia, memupuk dan membina disiplin diri, menyedari dan menginsafi tanggungjawab, menghargai dan mensyukuri pemberian Tuhan dan menyedari dan menginsafi adanya Tuhan yang mencipta.

Perkembangan unsur emosi memberi tumpuan kepada perasaan jiwa dan perasaan seseorang. Pembangunan emosi diberi penekanan kerana emosi mempengarui seseorang dalam bertingkahlaku dan bertindak. Dalam Falsafah Pendidikan Kebagsaan (FPK), perkembangan emosi adalah untuk memastikan setiap perasaan tenang dan tingkahlaku terkawal, memiliki semangat kekitaan dan perpaduan, memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang, dan menghargai serta menilai keindahan dan kesenian.

Perkembangan unsur jasmani merupakan keupayaan psikomotor yang dimiliki oleh seseorang. Ia berkait dengan kecergasan fizikal diri manusia. Perkembangan unsur jasamani adalah bagi memastikan seseorang individu berkeupayaan seperti dapat melakukan riadah, menjaga kesihatan badan, berusaha meningkatkan daya pengeluaran, menggunakan dan memanfaatkan tenaga fizikal untuk berdikari, menggunakan tenaga fizikal bagi kepentingan semua dan mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal dan manipulatif.

Hal ini membuktikan bahawa Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) amat mementingkan perkembangan potensi individu terutamanya pelajar-pelajar sekolah bagi memastikan perkembangan pendidikan berlaku di negara kita.

 

iii)               Untuk membentuk insan yang seimbang dan harmonis.

Kepentingan Falsafah Pendidkan Kebangsaan (FBK) yang seterusnya adalah untuk membentuk insan yang seimbang dan harmonis. Insan yang seimbang dan harmoni merupakan insan yang berilmu pengetahuan, bertenaga mahir dan berakhlak mulia mempunyai kepercayaan kepada Tuhan, mempunyai jiwa dan fikiran yang tenteram, tubuh badan sihat dan cergas, serta kematangan emosi sosial dan rohani telah diperkembang secara menyeluruh bersepadu dan dalam tahap optimum.

Insan yang seimbang dan harmonis merupakan potensinya, iaitu secara intelek, rohani, emosi dan jasmani. Hal ini telah diperkembang secara menyeluruh dan bersepadu pada tahap optimum. Insan yang seimbang dan harmoni adalah individu yang memiliki kesedaran dan keinsafan terhadap tanggungjawab diri keluarga dan Negara. Individu ini akan sentiasa berikhtiar dan menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi dan melaksanakan tanggungjawab sebagai anggota masyarakat yang berguna demi kemajuan diri, keluarga, bangsa dan Negara.

Akhir-akhir ini modal insan sering diperkatakan dan diberikan penekanan yang serius oleh Perdana Menteri Malaysia. Oleh yang demikian, siapakah modal insan ini dan bagaimana mereka dapat menyumbang kepada kemajuan Negara. Modal insan merupakan individu yang tidak bersifat individualistik tetapi bersifat sebahagian daripada masyarakat Malaysia, berilmu, berkeyakinan, memiliki nilai murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan-santun, keluarga mantap, berdisiplin, dan sebagainya. Hal ini jelas menunjukkan ciri-ciri modal insan yang diperlukan untuk menerajui negara pada masa hadapan.

Matlamat memupuk insan yang seimbang dan harmonis boleh dicapai apabila semua potensi yang ada pada dirinya telah dikembangkan secara selaras, menyeluruh dan harmoni. Seseorang individu yang seimbang dan harmonis adalah manusia yang telah memiliki sahsiah yang bersepadu, menikmati keseimbangan dan kesejahteraan dalam jiwanya.

Kesimpulannya, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) memainkan peranan penting dalam membantu perkembangan pendidikan di Malaysia. Hal ini kerana, ia menjadi teras kepada pelaksanaan proses pendidikan di Malaysia. Sebagai contoh, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menjadi rujukan untuk pelaksanaan sesuatu program dalam mengembangkan pendidikan di Malaysia pada era yang serba moden ini.


Comments